Pengajian Am Is Fun!

Pengajian Am Is Fun!

Sunday 23 October 2011

Soalan2 Karangan Pengajian Am 2 STPM Negeri-negeri 2011

            Analisis Soalan Percubaan STPM Pengajian Am 2 Negeri2. (Baca sekadar mengenalpasti isu. Ini BUKAN soalan ramalan. Jangan memperjudikan masa depan anda dengan spot2 soalan!!)

Selangor 2011
1.  Dalam proses pembangunan negara, kita banyak mengorbankan warisan tradisi & nilai kemanusiaan. Jelaskan.
2.Salah satu kesan aktiviti pemerdagangan manusia adalah mencemarkan imej negara di mata dunia. Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan  masalah tersebut. Bincangkan.
 3.  Pengurusan sisa2 toksik yg tidak sistematik akan mengamcam kehidupan manusia & alam sekitar. Huraikan.
4.Bidang bioteknologi telah berkembang  pesat & memberi banyak sumbangan dlm kehidupan manusia terutamanya di negara-negara maju. Huraikan  pernyataan di atas.

Terengganu 2011
1.  Walaupun wujud pelbagai cabaran, namun usaha terus dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan negara. Jelaskan pernyataan ini.
2.  Kumpulan masyarakat yg dikenali sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat normal. Bincangkan implikasi peningkatan kumpulan OKU ini.
3. Pelbagai faktor dikenalpasti  menyebabkan berlaku kesan rumah hijau. Fenomena ini telah menimbul kan pelbagai kesan kepada alam sekitar. Bincangkan.
 4.  Kementerian Pelajaran telah mengenal pasti masalah pemakanan dalam kalangan kanak2 merupakan punca kanak2 mengalami masalah obesiti. Selain faktor diatas, bincangkan faktor- faktor lain yg menyebabkan berlaku masalah berkenaan.

Kedah 2011
1. Pulau Pinang semakin popular selepas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik & Kebudayaan Pertubuhan Bangsa2  Bersatu (UNESCO) mengiktiraf  Georgetown sbg Tapak Warisan Dunia pada 7 Julai 2008. Jelaskan kepentingan pengiktirafan ini & langkah2 utk mempopularkan Tapak Warisan Dunia yg terdapat di Malaysia. 
 2.  Kegiatan merempit hangat diperkatakan melalui media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik. Walaupun kadang kala kegiatan ini berakhir dengan tragedi, namun masih ramai yg tidak serik2 utk melakukan aktiviti tersebut. Bincangkan faktor2 yg menyebabkan gejala ini berleluasa & langkah2 utk menanganinya.
3. Bunyi yg tidak sesuai akan memberi  ketidakselesaan kpd manusia. Bunyi tersebut tidak memberikan apa2 informasi & kekuatannya sering berubah secara mendadak dari masa ke semasa. Bincangkan faktor2 pencemaran  bunyi & kesannya kpd manusia.
 4.  Teknologi Hijau ialah pengaplikasian penggunaan sains alam sekitar utk memelihara sumber alam sekitar  semula jadi serta mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Bincangkan kepentingan teknologi  hijau kepada manusia.

Johor 2011
1.    Konsep Bandar Selamat diwujudkan di kawasan petempatan bagi menjamin kesejahteraan komuniti setempat. Bincangkan.
2.  Transformasi dlm bidang sukan boleh dilaksanakan menerusi Dasar "1 Murid 1 Sukan" Namun begitu, pelbagai cabaran terus melanda industri ini. Bincangkan.
3. Belakangan ini kes tanah runtuh menjadi polemik kerana kadarnya semakin  meningkat. Ternyata tragedi ini membawa impak kpd hidupan keseluruhannya. Bincangkan.
 4. Teknologi berkonsepkan halal-bio boleh menjamin tahap kesihatan manusia. Ulaskan.

Pahang 2011
1. Dasar Teknologi Hijau merupakan satu transformasi ke arah pembangunan lestari yg memerlukan komitmen semua pihak.  Bincangkan potensi & cabaran yg perlu dihadapi dlm merealisasikan Dasar Teknologi Hijau.
 2.  Isu pekerja asing bukanlah perkara baru di negara kita. Kemasukan mereka disebabkan oleh faktor tarikan ke negara ini dan situasi yg berlaku di negara asal mereka. Bincangkan pernyataan di atas.
3. Pengurusan sisa pepejal yg baik  bukan sahaja dpt mewujudkan alam sekitar yg bersih ttp mmpunyai pelbagai  manfaat lain. Bincangkan pernyataan di atas.
 4.  Tenaga nuklear merupakan sumber yg banyak membantu kehidupan  manusia. Namun, sumber ini juga membawa pelbagai kesan sampingan. Bincangkan.

Sabah 2011
1.  Antara tujuan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat atau hub produk halal ialah membantu memacu pertumbuhan ekonomi  negara. Jerlaskan pernyataan tersebut.
 2.  Kewujudan laman sosial seperti  "Facebook', "Twitter" & blog sebagai medium kominikasi telah membolehkan  masyarakat menghantar & menerima' pelbagai maklumat dgn cepat. Namun, kemudahan ini telah disalahgunakan oleh pelbagai pihak. Bincangkan.
3.   Pembudayaan teknologi hijau di Malaysia amat penting untuk  kelestarian hidupan. Jelaskan.
 4.  Hipertensi, diabetes & lemah jantung antara penyakit paling umum dihidapi ramai. Kebimbangan terhadap pembunuh senyap ini dipengaruhi oleh beberapa  faktor . Justeru,penyakit yg menyebabkan kesengsaraan hidup & meragut nyawa itu harus dicegah. Bincangkan.

Perak 2011
1.   "1 Malaysia bermatlamat untuk mengekal & meningkatkan perpaduan  dlm kepelbagaian yg selama ini menjadi  kekuatan Malaysia serta rakyatnya & kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita utk menghadapi  sebarang cabaran". Bincangkan  kepentingan perpaduan dlm konteks Malaysia & cara2 mempupuk perpaduan di sekolah.
 2.  Pengangkutan awam dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Namun, masyarakat kita kurang berminat utk menggunakan perkhidmatan ini. Huraikan.
3. Air banjir mengandungi bahan toksik, najis haiwan & manusia yang mewujudkan pelbagai penyakit  berjangkit. Jelaskan bagaimana air banjir menjadi punca penyakit berjang- kit tersebut & langkah yg perlu diambil utk mengawalnya.
 4.  Tabiat pemakanan yg tidak seimbang menyebabkan pengambilan makanan suplemen sgt penting. Namun begitu,  pengambilannya tanpa rujukan pakar kesihatan, mungkin memberi risiko kpd kesihatan badan. Bincangkan.

Negeri Sembilan 2011
1.  Pengenalan kpd "Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia" adalah usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat membeli barangan keluaran tempatan. Namun begitu, usaha ini banyak menghadapi cabaran dalam  pelaksanaaannya. Jelaskan pernyataan ini.
 2.  Bencana alam membawa kesan kepada mangsa. Menjadi tanggungjawab untuk negara2 lain menghulurkan bantuan kpd mangsa bencana alam. Bincangkan kesan bencana ini kpd mangsa serta jenis bantuan yg diperlukan.
3.  Terumbu karang cukup penting dalam biodiversiti alam & kehidupan manusia. Namun, kebelakangan ini terumbu karang semakin hari semakin pupus. Bincangkan.

Disclaimer: Though in the past, some states managed guess some of the real STPM questions (Pahang 2010 kad kredit, Perak 2009 Tanah Tinggi), students are not advised to be dependant on State Questions Analysis.

 If anyone would like to share other states question ... Im still looking for WKL, Sarawak and Kelantan.... please email me at ah46944@live.com. Even if you dont have the answer scheme....the questions will do just fine :)


No comments:

Post a Comment