Pengajian Am Is Fun!

Pengajian Am Is Fun!

Monday 26 March 2012

Pendekatan Menjawab Karangan

Dalam menjawab karangan Pengajian Am, terdapat pelbagai pendekatan dalam menjawab. 

Terdapat bermacam-macam cara pemeriksa boleh menyoal pelajar, khususnya dari segi lapisan soalan.

4+0, 2+2, 3+1 , 2+1+1.... dan kegagalan calon mengenalpasti bentuk dan lapisan-lapisan isi akan mengakibatkan calon tidak mendapat markah yang baik.

 

Antara kata-kata kunci pendekatan mencari isi adalah ;

 

>Bincangkan

Huraikan

Jelaskan

Terangkan

Berikan Pendapat

Cadangkan

Bersetujukah

Sejauh manakah anda  bersetuju/tidak bersetuju.....

 

  Bincangkan:

 

Kemukakan hujah secara bebas.  Jawapan boleh merangkumi segala aspek pemikiran dan pertimbangan. Bagaimanapun, perbincangan mencakupi hujah pro dan kontra sesuatu isu. Kadangkala perbincangan hanya mencakupi satu aspek sahaja , sama ada pro atau kontra (jawapan calon perlu selaras dengan soalan).

 

Contoh Soalan:

 

Akhir-akhir ini penggunaan kad kredit oleh ramai di negara kita begitu ketara sekali. Penggunaannya yang berleluasa telah memberikan pelbagai kesan kepada masyarakat. Bincangkan.

Calon perlu membincangkan kesan penggunaan kad kredit, ke atas masyarakat. Bincangkan dari satu aspek sahaja sekiranya telah ditekankan kesan negatif atau kesan positif sahaja.

 

Huraikan/Perjelaskan/Terangkan:

 

Calon perlu menjelaskan/menghuraikan/menerangkan sesuatu fakta dengan umum secara jelas dan terang. Jawapan calon  harus berjaya dari segi hujah . Contoh, bukti dan penjelasan yang lebih terperinci diperlukan untuk memperoleh gred yang cemerlang.

Contoh:

 

 

CADANGKAN:

Calon digalakkan mengemukakan cadangan yang bernas dan lojik. Cadangan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan haruslah munasabah dan rasional. Ini bermakna sesuatu cadangan itu haruslah memperlihatkan pewajarannya.

Contoh:

 Kajian pensyarah UKM mendapati 886 daripada 887 orang pelajar sekolah menengah terlibat dengan pelbagai gejala sosial seperti persetubuhan haram, penagihan dadah, berjudi, vandalisme dan lain-lain. Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk mengekang gejala ini.

PENDAPAT/PANDANGAN :

Calon bebas mengemukakan anggapan, pendapat dan pendirian masing-masing. Walau bagaimanapun, pendapat dan buah fikiran calon haruslah meyakinkan dan memperlihatkan pewajarannya. Calon boleh bersetuju ataupun kedua-duanya dalam membincangkan sesuatu permaslahan/isu.

Contoh:

 Penyakit jantung merupakan salah satu penyakit yang menjadi punca kematian yang utama di negara di negara ini. Kes kematian yang berkaitan dengan penyakit ini semakin meningkat. Pada pendapat anda, apakah punca penyakit tersebut?

SEJAUH MANAKAH/SEJAUH MANAKAH ANDA BERSETUJU:

Calon boleh bersetuju, tidak bersetuju atau kedua-duanga sekali.

Calon perlu menilai dahulu sesuatu permasalahn atau isu secara teliti sebelum menetapkan tahap persetujuan atau sebaliknya. Peringkat persetujuan mungkin terdiri daripada amat bersetuju, tidak bersetuju , kurang bersetuju dan sebagainya.

Sebarang pendirian calon haruslah disokong dengan hujah, contoh dan bukti munasabah dan meyakinkan. 

Contoh:

Calon perlu mengemukakan hujah sekiranya bersetuju atau tidak, ada kedua-duanya sekali.

 

Pelbagai bentuk soalan karangan keluar dalam mata pelajaran Pengajian Am sejak kebelakangan itu. Pokoknya, pelajar perlu berhati-hati dalam memahami kehendak soalan yang sebenar.....

 

Salah satu punca kematian penduduk Malaysia ialah penyakit kardiovaskular. Penyakit ini dikatakan semakin mengancam nyawa penduduk negara ini berbanding dengan penyakit lain. Sejauh manakah anda bersetuju bahawa penyakit ini berpunca daripada gizi makanan yang tidak seimbang?

Calon perlu memberikan punca2 utama kepada penyakit jantung. 

Gejala rempit kian menjadi-jadi akhir-akhir ini. Aktiviti merempit ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri, bahkan memberi kesan buruk kepada orang lain. Huraikan kesan gejala ini kepada masyarakat.

Calon perlu menerangkan kesan gejala aktiviti merempit kepada masyarakat.