Pengajian Am Is Fun!

Pengajian Am Is Fun!

Sunday, 23 October 2011

Koleksi Soalan Karangan PAm Kertas 2 1990-2011


STPM 1990

1. “Pada tahun 1989, sejumlah $352 juta daripada perbelanjaan sektor ekonomi kerajaan Malaysia tertumpu kepada pembiayaan pertanian dan infrastruktur luar Bandar. Nilai ini merupakan 26 peratus daripada jumlah peruntukan bagi pertanian dan pembangunan luar Bandar. Ini memcerminkan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan kedua-dua bidang tersebut.”
Bincangkan kaitan di antara pembangunan infrastruktur dengan kemajuan di luar bandar.
2. “Dalam masyarakat moden hari ini,sukan bukan sahaja merupakan perpaduan masyarakat, sukan juga merupakan potensi sebagai satu industri yang banyak menawarkan pelbagai peluang, khususnya kepada peniaga, usahawan dan para profesioanl.Sejauh manakah sukan dapat dimajukan sebagai satu industri yang boleh memberi sumbangan yang besar di bidang sosioekonomi di Malaysia.
3. Laporan Kesihatan Sedunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menganggarkan bahawa dalam tahun-tahun 70-an sahaja, - 80 peratus daripada semua jenis penyakit yang dilaporkan berpunca daripada air.- Hampir 6 juta kanak-kanak di negara Dunia Ketiga meninggal dunia akibat daripada penyakit cirit-birit yang disebabkan air- 30juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit buta yang disebabkan oleh cacing halus yang terdapat pada sejenis lalat yang membiak dalam air.Cadangkan langkah-langkah yang berkesan untuk mengawal wabak penyakit yang disebabkan oleh air.
4. Sejak penemuan kaedah penjanaan tenaga atom oleh Otto Hahn dan Fritz Strassman pada tahun 1939 , harapan mengatasi krisis tenaga yang dihadapi sekarang adalah sangat cerah.Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini?
STPM 1991
1. Apabila dasar penswastaan agensi-agensi kerajaan diperkenalkan, ramai yang berasa curiga kerana mereka menganggap dasar penswastaan hanya akan menguntungkan pihak swasta tanpa mengira kepentingan awam. Walaupun pihak kerajaan cuba menyakinkan orang ramai tentang dasar penswastaannya, namun masih ada pihak yang tidak bersetuju dengan dasar tersebut. Bagaimanapun kerajaan mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk meneruskan dasar penswastaannya.Huraikan sebab-sebab dasar penswastaan dilaksanakan oleh kerajaan dan bincangkan masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan dasar ini.
2. Rasuah adalah suatu amalan yang amat mudah merebak dalam sistem hidup manusia hingga boleh meruntuhkan struktur masyarakat itu sendiri. Cara rasuah merebak seumpama kanser yang membunuh setiap tisu anggota secara senyap dan akhirnya membunuh pesakit berkenaan.
Bincangkan sebab-sebab berlakunya amalan rasuah dan kesannya terhadap masyarakat.


3. Kesedaran tentang kepentingan hutan mula dirasai oleh masyarakat umum sejak berlakunya pelbagai tragedi alam sekitar seperti hakisan lapisan ozon, kenaikkan suhu sedunia, banjir besar di seluruh dunia sepanjang dekad 1970-an dan 1980-an. Tragedi-tragedi tersebut merupakan kesan langsung daripada kegiatan pemusnahan hutan.Sejauh manakah pemusnahan hutan merupakan faktor utama yang merosakkan keseimbangan ekosistem sedunia.
4. Dengan berdasarkan maklumat di bawah, sejauh manakah amalan merokok merupakan punca utama yang mengancam kesihatan penduduk Malaysia?
- Seramai 3.1 juta penduduk Semenanjung Malaysia, termasuk 350,000 orang wanita adalah perokok.
- Penduduk Semenanjung Malaysia menghisap sebanyak 46.5 juta batang rokok sehari.
-Rokok yang dijual di Semenanjung Malaysia mempunyai kandungan tar dan nikotin sebanyak dua kali ganda melebihi kandungan tar dan nikotin dalam rokok yang dijual di Amerika Syarikat
.- Ibu yang merokok mungkin mengalami risiko melahirkan bayi yang kekurangan berat badan dan tidak sihat.
- Hampir 7,500 orang mati setiap tahun akibat barah; 90 peratus daripadanya perokok.
(Sumber:

dewan Masyarakat, Julai 1990)

STPM 1992

1. Sebagai media komunikasi massa, akhbar sangat penting kepada masyarakat dan dianggap sebagai kuasa keempat (fourth estate). Akhbar mempunyai pengaruh dan dipercayai oleh golongan masyarakat pembaca. Kadang-kadang pembaca mempercayai sesebuah berita itu tidak kira sama ada berita itu benar ataupun sebaliknya. Begitulah kuatnya pengaruh akhbar dalam kehidupan masyarakat.Bincangkan peranan akhbar dalam kehidupan masyarakat.
2. Walaupun kerajaan mempunyai sebab-sebab yang munasabah apabila menyarankan matlamat penduduk tujuh puluh juta menjelang 2100, terutamanya dalam kewujudan penduduk yang rajin, berdisiplin, dan produktif yang merupakan asas penting bagi perkembangan perindustrian dan pewujudan pasaran keluaran tempatan, pertambahan penduduk sebanyak empat atau lima kali ganda semestinya menimbulkan beberapa implikasi sosioekonomi.Bincangkan kebaikan dan keburukan matlamat penduduk tujuh puluh juta menjelang tahun2100 di negara ini.
3. Kes-kes keracunan makanan di Malaysia dalam beberapa tahun kebelangan ini bukan lagi merupakan satu perkara yang luar biasa, dan ia juga nampaknya bukanlah disebabkan oleh jenis dan mutu makanan itu sema-mata, tetapi lebih banyak berpunca daripada kecuaian manusia.
Tunjukkan bagaimana masalah keracunan makanan berpunca daripada kecuaian manusia.

4. Bagi sebahagian besar anggota masyarakat, perkataan nuklear biasanya dikaitkan dengan kesan negatif terutamanya dalam perlumbaan senjata moden yang mencerminkan peranan tenaga nuklear sebagai alat pemusnah alam yang boleh membawah kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Akan tetapi perkembangan positif yang telah dicapai oleh dunia sains hari ini menunjukkan bahawa tenaga nuklear amat berperanan dalam pembangunan sesebuah negara.Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan peranan tenaga nuklear dalam pembangunan sesebuah negara membangun.

STPM 1993
1. Kualiti, pengayaan, dan nilai keindahan karya sastera dan seni dalam sesebuah masyarakat hari ini hanya dapat dipupuk dan ditingkatkan melalui usaha-usaha mengadakan sayembara dan anugerah yang tertentu.Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?
2. Walaupun matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berteraskan perindustrian, namun sektor pertanian masih diberi keutamaan dalam agenda pembangunan negara. Melalui Dasar Pertanian Negara, kerajaan akan terus mempercepat perubahan sektor pertanian menjadi sektor yang lebih moden, komersil, dan mampan dengan arah pertumbuhan dan pembangunan yang berpandukan pasaran dan sumber manusia.
Bincangkan potensi dan cabaran masa depan sektor pertanian di negara ini.
3. Sungguhpun penciptaan alat-alat komunikasi satelit memang mempunyai keistimewaan dan kebaikkan yang tertentu, namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia.
Berikan ulasan anda tentang penyataan ini.

4. “ Kita mengakui bahawa kegiatan manusia dalam mengejar pembangunan merupakan sebab pencemaran dan degradasi alam sekitar. Kita tidak boleh menghentikan pembangunan sama sekali, tetapi kita boleh sekurang-kurangnya meminimumkan pencemaran dan degradasi yang dihasilkan oleh pembangunan itu.”(Dipetik daripada YAB Dato’Seri Dr Mahathir Mohamad,Persidangan Bumi di Rio, 1992)

Dengan berdasarkan petikan di atas, jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengimbangkan pembangunan dan kemajuan dengan pemeliharaan alam sekitar.

STPM 1994
1. Persaingan hidup serta perkembangan teknologi yang semakin canggih menyebabkan manusia tidak menghiraukan semangat kejiranan. Kini, masyarakat lebih suka hidup menyendiri. “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.” Bincangkan faktor-faktor yang menjadi punca wujudnya fenomena di atas.
2. Belanjawan kerajaan 1993 merumuskan beberapa garis perlindungan kepada masyarakat pengguna. Sehubungan dengan itu, beberapa langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan, misalnya langkah kerajaan mengurangkan atau menghapuskan duti import atas beberapa barang terpilih. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai halangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa ke arah mencapai matlamat melindungi pengguna.
Berikan penjelasan anda tentang halangan-halangan ini.
3. Sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) telah dikesan sjak dua dekad yang lalu tetapi hingga kini, ahli sains, penyelidik perubatan, dan pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia masih belum menemu penawarnya. Tindakan mempengaruhi manusia supaya mengubah gaya hidup, dan langkah-langkah membendung Human Immune Virus (HIV) juga bukanlah satu tugas yang mudah. Huraikan keadaan-keadaan yang mengalakkan penularan kuman HIV dan bincangkan sebab-sebab penyakit AIDS sukar dikawal.
4. Pencapaian yang cemerlang dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (p & p) merupakan salah satu punca kejayaan Malaysia mencapai tahap pembangunan ekonomi yang tinggi. Tindakan kerajaan menambahkan peruntukan sebanyak RM600 juta di bawah Rancangan Malaysia Keenam menunjukkan betapa pentingnya peranan p & p dalam usaha membangunkan negara.
Dengan berdasarkan penyataan di atas, jelaskan sumbangan p & p dalam memajukan sektor pertanian di negara ini.
STPM 1995
1. “Kekurangan dari segi teknik dan kos pembikinan yang tinggi bukanlah penyebab utama filem negara kita kurang bermutu.” Bincangkan penyataan ini.
  2. Kebelakangan ini Malaysia bergiat cergas dalam usaha membantu menangani isu-isu antarabangsa. Kelantangan Malaysia menyuarakan pendapatnya telah menonjolkan negara ini di mata dunia. Sejauh manakah Malaysia berjaya mempengaruhi pihak-pihak tertentu dalam menangai isu-isu tersebut.
  3. “Matematik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.” Bincangkan penyataan ini.
  4. Terdapat pelbagai jenis barang keperluan domestik dan makanan yang mengandungi bahan kimia berbahaya, seperti arsenik (dalam cat), alcohol, eter, gikoi (dalam kosmetik), kafein, gula tiruan, monosodium glutamat, dan bahan-bahan kimia yang lain seumpamanya. Bahan-bahan ini boleh mengancam kesihatan seseorang sekiranya tidak digunakan secara berhati-hati. Jelaskan kesan penggunaan barang-barang tersebut terhadap kesihatan pengguna.
STPM 1996
1. Kegagalan ibu bapa menyempurnakan tanggunajawap terhadap anak-anak terutamanya yang sudah remaja merupakan punca utama kejadian jenayah remaja. Oleh itu, hukuman patut juga dikenakan terhadap ibu bapa di samping hukuman terhadap anak-anak mereka yang telah melakukam kesalahan jenayah. Sejauh manakah anda bersetuju dengan saranan di atas?
 2. Muzium merupakan gedung menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah, seni dan sains. Bincangkan peranan muzium dalam konteks pembangunan sesebuah negara dan masyarakat.
 3. Lebuh Raya Maklumat berupaya mendekatkan dan menghubungkan manusia tanpa mengenal jarak dan batas sempadan. Bincangkan kemungkinan yang dapat dimanfaatkan daripada perkembangan teknologi tersebut dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
 4. “Amalan pemakanan dan gaya hidup baru merupakan punca utama munculnya pelbagai penyakit masa kini.” Bincangkan penyataan ini.
STPM 1997
1. Maruah dan martabat sesuatu bangsa itu tidak hanya terletak pada kemantapan bahasa semata-mata. Masih terdapat faktor-faktor lain yang juga boleh menentukan maruah dan martabat sesuatu bangsa itu. Berikan pendapat anda tentang penyataan di atas.
 2. Sekatan ekonomi merupakan satu cara yang berkesan untuk memaksa sesebuah negara akur kepada kehendak masyarakat antarabangsa .Jelaskan penyataan ini.
  3. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namum demikian, ini bukanlah bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini.
  4.Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, namum terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan Bincangkan penyataan ini 
STPM 1998
1. “ Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara. Namum demikian, sumbangan positif industri ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya.” Jelaskan penyataan ini.
  2. Masyarakat penyayang merupakan satu aspek yang penting dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju sebagimana yang dinyatakan dalam Wawasan 2020. Bincangkan cara-cara untuk mencapai hasrat membentuk masyarakat penyayang, dan halangan-halangan yang dihadapi dalam mencapai hasrat ini.
 3. “Untuk mencapai status negara maju, sesebuah negara perlu mencapai tahap kemajuan sains dan teknologi yang tinggi.”Jelaskan peranan sains dan teknologi dalam konteks penyataan di atas.
  4. Malaysia banyak mengimport bahan makanan daripada luar negara.Jelaskan faktor-faktor yang mewujudkan keadaan ini, dan huraikan bagaimana Malaysia boleh mengurangkan pergantungan pada bahan makanan yang diimport.
  STPM 1999
1. Penubuhan Institut Pendidikan Tinggi (IPTS) bertujuan untuk menambahkan dan melengkapkan peranan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Bincangkan peranan IPTS dalam konteks yang tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripadanya.

2. Menurut sebuah majalah tempatan, jumlah jenayah komersial di Malaysia pada tahun 1997 telah meningkat kepada 7137 kes berbanding 4807 kes pada tahun 1996. Nilai yang terbabit dalam kes-kes pada tahun 1997 meningkat sebanyak 134 peratus kepada RM556 juta berbanding RM238 juta pada tahun sebelumnya.

Berdasarkan penyataan di atas, huraikan sebab-sebab jenayah berkenaan semakin berleluasa dan implikasi kepada negara.

3. Krisis air telah melandai sebahagian besar negara terutama di kawasan Lembah Kelang. Adalah didapati bahawa kemarau panjang yg dibawa oleh El Nino bukanlah satu-satu sebab yang mecetuskan krisis tersebut.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor lain yang telah menyebabkan berlaku krisis itu dan bagaimana pula untuk menanganinya?

4. Menurut International Data Corporation,terdapat 11 juta pengguna Internet di Asia hari ini dan angka itu akan mencapai 42 juta pada thaun 2001. Ini adalah satu perkembangan yang menakjubkan. Walaupun Internet mempunyai pelbagai keistimewaan, ia mempunyai kesan sampingan.
Bincangkan penyataan ini.

STPM 2000

1. Hukuman penjara adalah salah satu daripada beberapa cara yang wajar dilakukan bagi memulihkan perilaku seseorang pesalah. Selain itu, terdapat cara-cara lain yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi gejala jenayah hari ini . Bincangkan.

2. Taraf kesihatan dan kehidupan dewasa ini dijangka akan berupaya melanjutkan lagi hayat manusia dan memungkinkan semakin ramai warga tua akan dalam masyarakat pada alaf baru ini.
Bincangkan implikasi peningkatan golongan warga tua di negara ini.
 3. Secara umum bahan kima toksik boleh mengancam kesihatan dan keselesaan manusia sekiranya ia tidak diuruskan dengan baik. Jelaskan kesan bahan tersebut terhadap manusia. 
4. Pembentukan koridor raya mutlimedia adalah merupakan satu usaha mempergiat lagi perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat di Malaysia .
Bincangkan kesan usaha ini terhadap pembangunan negara


STPM 2001
1. Bermacam-macam kempen telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu menarik pelancong datang melawat ke sesebuah negara dan menyaksikan keindahan serta keunikan yang terdapat di negara berkenaan.Bincangkan kesan pelancongan terhadap budaya tempatan.
  2. Gejala-gejala sosial yang banyak dilaporkan berlaku di sekolah kebelangkangan ini adalah juga berpunca daripada merosotnya penyertaan pelajar-pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Pada pendapat anda, apakah strategi yang sesuai yang boleh dilakukan bagi memesatkan semula aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar sekarang ?
 3. Pencemaran laut kurang mendapat perhatian manusia, tetapi ia adalah satu masalah yang perlu dibendung dan dikawal. Jelaskan sebab-sebab terjadinya pencemaran tersebut.
  4. “ Penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Namun begitu, penemuannya turut menimbulkan risiko kepada sesebuah negara. ” Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini ?
    STPM 2002
 1. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena dunia yg terus-menerus berkembang. Sungguhpun secara umum buruh kanak dianggap menyalahi undang-undang, tetapi terdapat juga usaha oleh ibu bapa, majikan & kanak-kanak itu sendiri untuk menyembunyikannya.Bincangkan pernyataan ini
  2 Rakyat Malaysia digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa, bahkan di sekolah pelajar diwajibkan mempelajari sekurang-kurangnya Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Bincangkan faedah mempelajari bahasa kedua dan masalah bagi mencapai hasrat tersebut
 3. Kepentingan hidupan liar kepada alam dan manusia memang tidak dinafikan lagi, namum begitu bilangannya dikatakan semakin berkurangan.Huraikan bagaimana masalah kepupusan hidupan liar ini ditangani.
  4. “ Penggunaan kaedah kawalan biologi merupakan satu kaedah alternatif kepada kelemahan penggunaa bahan kimia untuk mengatasi serangga perosak dan makhluk perosak dalam sektor pertanian.” Bincangkan pernyataan.   
 STPM 2003
 1. Dalam usaha mempelbagaikan keluaran industri negara, Malaysia begitu prihatin untuk terus memperkembangkan industri kecil dan sederhana ( IKS). Bincangkan pontensi dan masalah yang dihadapi oleh industri kecil dan sederhana pada masa ini di negara kita.
  2. Industri muzik tempatan menghadapi banyak masalah. Sehingga kini masalah tersebut belum adsa penyelesaiannya. Oleh yang demikian langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani masalah tersebut. Bincangkan.
  3. Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang berlaku di kalangan anggota masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Bincangkan factor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut dan kesannya terhadap kehidupan manusia.
  4. Hutan bakau banyak kepentingannya terhadap persekitaran sesebuah negara. Walau bagaimanapun, sejak kebalakangan ini kegiatan tebus guna kawasan pantai telah memberi kesan yang serius terhadap kawasan hutan bakau. Huraikan kepentingan hutan bakau terhadap persekitaran fizkal dan sosioekonomi sesebuah negara.


STPM 2004 
1. Sistem pendidikan yang dilaksanakan kini memberikan pemberatan 60 % kepada bidang sains dan teknologi. Bincangkan faedah daripada perlaksanaan dasar berkenaan

2. Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan kepada negara-negara membangun, namum pada masa yang sama proses tersebut juga menimbulkan masalah kepada negara-negara berkenaan.  Bincangkan

3. Alam sekitar yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman terhadapnya boleh menimbulkan pelbagai negatif. Bincangkan.

4. Sesungguhpun bidang perubatan moden semakin berkembang, namum perubatan tradisional masih lagi mendapat perhatian masyarakat. Jelaskan ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis perubatan ini.


STPM 2005
1. “ Bahasa menunjukkan bangsa.” Bincangkan peribahasa ini dalam konteks Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini.

2. Akhir-akhir ini banyak rungutan yang diterima daripada orang ramai berkaitan dengan perkhidmatan kaunter dan penyampaian sehingga pihak berkenaan sering ditegur supaya memperbaiki perkhidmatan yang diberikan. Bincangkan kepentingan perkhidmatan kaunter dan penyampaian yang baik serta kesannya jika keadaan yang menimbulkan rungutan itu dibiarkan berterusan

3. Kebelakangan ini jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak didapati semakin membimbangkan terutamanya di negara-negara mundur. Justeru, pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk mengawalnya. Bincangkan.

4. Mengikut laporan UNESCO sejak tahun 1970-an, bekalan air bersih dunia didapati semakin berkurang, Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan.
 STPM 2006
1. Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN) merupakan satu program yang baik untuk memperkasakan genarasi belia di negara ini dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran pada masa ini dan masa hadapan. Bincangkan rasional kerajaan melaksanakan program tersebut dan cadangkan cara-cara lain untuk mencapai matlamat di atas.

2. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk memajukan sekotr perindustrian. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Malaysia tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya. Berikan ulasan anda tentang penyataan di atas.

3. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk merealisasikan konsep mesra alam bagi mengatasi masalah alam sekitar. Bincangkan


4. Ilmu sains dan teknologi dapat membantu manusia mengatasi masalah jenayah. Dengan mengemukakan contoh yang sesuai, bagaimanakah aplikasi ilmu tersebut dapat membantu kita menangani masalah jenayah ?






STPM 2007


1. Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan

2. Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada msa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan.

3. Nuklear biasanya dikaitkan dnegan kemusnahan dan kecelakaan, namum hasil penyelidikan pakar-pakar dalam bidang ini telah mengubah persepsi terhadapnya. Bincangkan.

4. Tanaman ubah suai genetik didapati berupaya meningkatkan sektor pertanian ngara, namum pada masa yang sama tanaman ini turut menimbulkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan.


STPM 2008

1. Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.

2. Kesepaduan sektor pelancongan dengan alam semula jadi telah mencetuskan aktiviti pelancongan yang dapat memberikan manfaat kepada negara. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memastikan aktiviti ini berterusan. Bincangkan penyataan ini.

3. Kawasan tanah bencah ( wetland) sangat penting kepada ama sekitar. Bincangkan penyataan ini.
4. Masalah jerebu dan kemerosotan kualiti udara di negara ini adalah manifestasi perbuatan manusia sendiri dan masalah ini boleh memberikan kesan memudaratkan. Bincangkan penyataan ini.

STPM 2009

1. ” Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.” Begitulah pepatah orang tua kita yang memberikan gambaran belia ialah golongan yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Jelaskan ciri-ciri yang perlu ada pada golongsn belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini.

2. Selain keupayaan negara menghasilkan pelbagai produk hiliran, kejayaan sektor pertanian negara dipengaruhi juga oleh faktor-faktor lain. Huraikan penyataan ini.

3 Bahan kimia semakin banyak digunakan sebagai salah satu kandungan dalam makanan yang diproses. Walau bagaimanapun, penggunaannya boleh mendatangkan esan sampingan. Jelaskan .

4. Kawasan hutan tanah tinggi banyak kepentingannya. Penerokaannya boleh mendatangkan impak kepada kehidupan dan alam sekitar. Huraikan penyataan ini.

STPM 2010
1. Produk tiruan semakin popular dan laris dalam pasaran tempatan. Dalam keadaan ini, usaha2 perlu diambil untuk melindungi produk asli daripada menjadi mangsa peniruan. Jelaskan penyataan ini.

2. Penggunaan kad kredit bertujuan untuk memudahkan urusniaga. Namun begitu, penggunaannya tanpa kawalan boleh mengundang pelbagai masalah. Bincangkan penyataan ini.

3. Pelbagai spesies serangga yang wujud sejak dahulu lagi sering dianggap sebagai perosak. tanggapan ini sepatutnya diubah kerana spesies ini juga terbukti penting kepada manusia. Jelaskan pernyataan ini.

4. Pengurusan sisa pertanian secara saintifik banyak mendatangkan manfaat kepada manusia. Bincangkan pernyataan ini.

STPM 2011
1. Sektor perikanan negara kini menghadapi masalah. Oleh itu, langkah2 yang komprehensif perlu diambil untuk memastikan sektor ini dapat terus menyambung kepada ekonomi negara. Huraikan pernyataan ini.

2. Kini, lebih daripada 90 peratus anggota masyarakat di negara ini celik huruf, namun 20 peratus sahaja yang gemar membaca bahan-bahan bercetak. Ada pendapat yang mengatakan nahawa fenomena yang berlaku ini adalah manifestasi wujudnya pelbagai media elektronik. Bincangkan pernyataan ini.

3.  Tidur yang cukup amat penting untuk manusia. Oleh itu, langkah2 perlu diambil untuk mengatasi masalah kesukaran tidur. Jelaskan pernyataan ini.

4. Bekalan makanan dunia didapati semakin kurang. Kaedah tertentu perlu dilaksanakan segera untuk menangani krisis makanan global tersebut. Jelaskan pernyataan ini.

Kata Kunci Graf (Bahagian D)


Komponen: Jumlah, Komposisi, Komponen , Amaun (awas sekiranya ada perkataan lain dihadapan kata kunci....ie.. perubahan jumlah.)
Kompaun : Bilangan, turun naik, nilai, peratus dan lain2.
Memesong/cermin : perubahan peratus/perubahan kadar/ imbangan dagangan (eksport tolak import) /dalam teks, tetiba je ada nilai (-) negatif.

!! Kalau tahun atau perkara dia terlalu banyak... lakarkan dulu. kalau sesak pilih graf garis, KECUALI DINYATAKAN ANDA PERLU MENJAWAB GRAF BAR.

Graf Piramid: Ada 3 parameter, 1 darinya berpasang (ie, jantina, swasta-am dsbnya) Kalau graf kependudukan, pastikan semua bar melekat antara satu sama lain.

Graf Gabungan : Dalam soalan, dia akan nyatakan...." tunjukkan blablabla......Dalam graf yang sama, tunjukkan juga bla bla bla...." atau lebih mengong, bila dibaca teks ada dua unit berbeza...ie  RM dan %.


(Comic Picture Credit To Juslinda Sudirman )

Preparations for STPM. Remember....

Counting down from today, there is only 28 days to go before STPM begins. Pengajian Am Kertas 2 will commence on Monday 21 November 2011.


Doesnt time just fly by so fast nowadays? But Im not worried because I KNOW you all have worked SO hard to prepare yourselves... so I hope my students wont be as worried too. Hahaha.


OK, seriously. What can you do to in these next 2 weeks you ask? Let me level things down for you.


From now on:
1. Pray, be ikhlas. Dont just pray because you're going to sit for STPM. Tuhan tahu apa niat kita. Sentiasa berdoa agar urusan harian dipermudahkan.


2. Eat well, get enough rest and get some vitamins so you wont get sick during the exams. It is the worst thing that can happen, if you are sitting in the exam hall with a runny nose and an elephant-sized headache! 
So do take care of yourself... dont play in the rain ;)


3. Don't waste time. Please stay away from midnight gaming. Sometimes we do need to release stress, but if the activity takes up hours of your time, you may need to put a hold on it, at least for this coming month. 
Tak guna nak menyesal kalau nasi dah jadi bubur. Betul tak? Study your brains off!! Remember, its YOUR FUTURE at stake!


4. A day or two before your exams start, check your pencilbox. Make sure you have a functioning blue/black pen and backup. Is your ruler there? Does your calculator still have batteries. Is all your equipment in the geometry set still there? do you need a carta pai tong stencil? Do you have enough colour pencils? Have you sharpened them?
And while you are at it, throw out the liquid paper/correction fluids. Those only slow you down. If you make a mistake during essay writing, simply cross out the wrong answer. Dont waste time liquid papering it.


5. The night before exams, SLEEP a good 6-8 hours. Its ok to do a little mugging prior to exams...but the night before, you shouldnt ever try to be a Superman/woman and do an all-nighter with your books. You will turn into a ZOMBIE during exams and nothing will come out right. So study now, and rest the night before!


6. Exam morning. Come Early To School. Even though your paper starts at 8 am, don't expect there will be a bus waiting for you at 7 am. Remember, its the holidays. Almost every year I've had to rush over to the bus stop to pick up students, 5 minutes before the paper began. They arrive late, and miss out the doa readings.
Panic and hassle gives way to lots of mistakes....


7. Glance at your watch when you answer. If the paper starts at 8am.... you need to finish your essays first, roughly before 9.30 am. Please do the essays first, and properly. They contain 50% of your marks!
Remember, never, ever, ever ... use green or red colour pens!!


8. After 3 hours....you need to hand in your paper. Use and maximize the 3 hours to answer. The pengawas peperiksaan are not monsters. They know your future is at stake, and I have witnessed the really nice ones will give a time extension of up to 20 minutes! So smile, and keep on writing until they practically DRAG your paper away!


9. Don't bring the question down and ask me what the answer is. If thats not what you answered, you aren't going to happy and in good spirits for your next paper. Besides, I might be wrong!


10. After your STPM.... get together for a picnic or outing, then get a new skill or find a job. Uni is sort of expensive...you will need that money.

All the best... 6 Atas Ibnu Batuttah...6 Atas Omar Khayyam. My prayers and blessings be with you. Amin.

Soalan2 Karangan Pengajian Am 2 STPM Negeri-negeri 2011

            Analisis Soalan Percubaan STPM Pengajian Am 2 Negeri2. (Baca sekadar mengenalpasti isu. Ini BUKAN soalan ramalan. Jangan memperjudikan masa depan anda dengan spot2 soalan!!)

Selangor 2011
1.  Dalam proses pembangunan negara, kita banyak mengorbankan warisan tradisi & nilai kemanusiaan. Jelaskan.
2.Salah satu kesan aktiviti pemerdagangan manusia adalah mencemarkan imej negara di mata dunia. Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan  masalah tersebut. Bincangkan.
 3.  Pengurusan sisa2 toksik yg tidak sistematik akan mengamcam kehidupan manusia & alam sekitar. Huraikan.
4.Bidang bioteknologi telah berkembang  pesat & memberi banyak sumbangan dlm kehidupan manusia terutamanya di negara-negara maju. Huraikan  pernyataan di atas.

Terengganu 2011
1.  Walaupun wujud pelbagai cabaran, namun usaha terus dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan negara. Jelaskan pernyataan ini.
2.  Kumpulan masyarakat yg dikenali sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat normal. Bincangkan implikasi peningkatan kumpulan OKU ini.
3. Pelbagai faktor dikenalpasti  menyebabkan berlaku kesan rumah hijau. Fenomena ini telah menimbul kan pelbagai kesan kepada alam sekitar. Bincangkan.
 4.  Kementerian Pelajaran telah mengenal pasti masalah pemakanan dalam kalangan kanak2 merupakan punca kanak2 mengalami masalah obesiti. Selain faktor diatas, bincangkan faktor- faktor lain yg menyebabkan berlaku masalah berkenaan.

Kedah 2011
1. Pulau Pinang semakin popular selepas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik & Kebudayaan Pertubuhan Bangsa2  Bersatu (UNESCO) mengiktiraf  Georgetown sbg Tapak Warisan Dunia pada 7 Julai 2008. Jelaskan kepentingan pengiktirafan ini & langkah2 utk mempopularkan Tapak Warisan Dunia yg terdapat di Malaysia. 
 2.  Kegiatan merempit hangat diperkatakan melalui media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik. Walaupun kadang kala kegiatan ini berakhir dengan tragedi, namun masih ramai yg tidak serik2 utk melakukan aktiviti tersebut. Bincangkan faktor2 yg menyebabkan gejala ini berleluasa & langkah2 utk menanganinya.
3. Bunyi yg tidak sesuai akan memberi  ketidakselesaan kpd manusia. Bunyi tersebut tidak memberikan apa2 informasi & kekuatannya sering berubah secara mendadak dari masa ke semasa. Bincangkan faktor2 pencemaran  bunyi & kesannya kpd manusia.
 4.  Teknologi Hijau ialah pengaplikasian penggunaan sains alam sekitar utk memelihara sumber alam sekitar  semula jadi serta mengawal kesan negatif aktiviti manusia. Bincangkan kepentingan teknologi  hijau kepada manusia.

Johor 2011
1.    Konsep Bandar Selamat diwujudkan di kawasan petempatan bagi menjamin kesejahteraan komuniti setempat. Bincangkan.
2.  Transformasi dlm bidang sukan boleh dilaksanakan menerusi Dasar "1 Murid 1 Sukan" Namun begitu, pelbagai cabaran terus melanda industri ini. Bincangkan.
3. Belakangan ini kes tanah runtuh menjadi polemik kerana kadarnya semakin  meningkat. Ternyata tragedi ini membawa impak kpd hidupan keseluruhannya. Bincangkan.
 4. Teknologi berkonsepkan halal-bio boleh menjamin tahap kesihatan manusia. Ulaskan.

Pahang 2011
1. Dasar Teknologi Hijau merupakan satu transformasi ke arah pembangunan lestari yg memerlukan komitmen semua pihak.  Bincangkan potensi & cabaran yg perlu dihadapi dlm merealisasikan Dasar Teknologi Hijau.
 2.  Isu pekerja asing bukanlah perkara baru di negara kita. Kemasukan mereka disebabkan oleh faktor tarikan ke negara ini dan situasi yg berlaku di negara asal mereka. Bincangkan pernyataan di atas.
3. Pengurusan sisa pepejal yg baik  bukan sahaja dpt mewujudkan alam sekitar yg bersih ttp mmpunyai pelbagai  manfaat lain. Bincangkan pernyataan di atas.
 4.  Tenaga nuklear merupakan sumber yg banyak membantu kehidupan  manusia. Namun, sumber ini juga membawa pelbagai kesan sampingan. Bincangkan.

Sabah 2011
1.  Antara tujuan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat atau hub produk halal ialah membantu memacu pertumbuhan ekonomi  negara. Jerlaskan pernyataan tersebut.
 2.  Kewujudan laman sosial seperti  "Facebook', "Twitter" & blog sebagai medium kominikasi telah membolehkan  masyarakat menghantar & menerima' pelbagai maklumat dgn cepat. Namun, kemudahan ini telah disalahgunakan oleh pelbagai pihak. Bincangkan.
3.   Pembudayaan teknologi hijau di Malaysia amat penting untuk  kelestarian hidupan. Jelaskan.
 4.  Hipertensi, diabetes & lemah jantung antara penyakit paling umum dihidapi ramai. Kebimbangan terhadap pembunuh senyap ini dipengaruhi oleh beberapa  faktor . Justeru,penyakit yg menyebabkan kesengsaraan hidup & meragut nyawa itu harus dicegah. Bincangkan.

Perak 2011
1.   "1 Malaysia bermatlamat untuk mengekal & meningkatkan perpaduan  dlm kepelbagaian yg selama ini menjadi  kekuatan Malaysia serta rakyatnya & kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita utk menghadapi  sebarang cabaran". Bincangkan  kepentingan perpaduan dlm konteks Malaysia & cara2 mempupuk perpaduan di sekolah.
 2.  Pengangkutan awam dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Namun, masyarakat kita kurang berminat utk menggunakan perkhidmatan ini. Huraikan.
3. Air banjir mengandungi bahan toksik, najis haiwan & manusia yang mewujudkan pelbagai penyakit  berjangkit. Jelaskan bagaimana air banjir menjadi punca penyakit berjang- kit tersebut & langkah yg perlu diambil utk mengawalnya.
 4.  Tabiat pemakanan yg tidak seimbang menyebabkan pengambilan makanan suplemen sgt penting. Namun begitu,  pengambilannya tanpa rujukan pakar kesihatan, mungkin memberi risiko kpd kesihatan badan. Bincangkan.

Negeri Sembilan 2011
1.  Pengenalan kpd "Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia" adalah usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat membeli barangan keluaran tempatan. Namun begitu, usaha ini banyak menghadapi cabaran dalam  pelaksanaaannya. Jelaskan pernyataan ini.
 2.  Bencana alam membawa kesan kepada mangsa. Menjadi tanggungjawab untuk negara2 lain menghulurkan bantuan kpd mangsa bencana alam. Bincangkan kesan bencana ini kpd mangsa serta jenis bantuan yg diperlukan.
3.  Terumbu karang cukup penting dalam biodiversiti alam & kehidupan manusia. Namun, kebelakangan ini terumbu karang semakin hari semakin pupus. Bincangkan.

Disclaimer: Though in the past, some states managed guess some of the real STPM questions (Pahang 2010 kad kredit, Perak 2009 Tanah Tinggi), students are not advised to be dependant on State Questions Analysis.

 If anyone would like to share other states question ... Im still looking for WKL, Sarawak and Kelantan.... please email me at ah46944@live.com. Even if you dont have the answer scheme....the questions will do just fine :)


Saturday, 22 October 2011

Pengajian Am in Modular System. How??

Just got back from a course last week held by Sektor Pengurusan Akademik. One of the items we touched on was the upcoming modular system, which may begin as early as May 2012.

STPM will forever change for the form 6. Its not going to be easier... but students have a chance to resit failed papers...at a price of RM50 per paper! And as it is per semester...there is no more last minute studying as it happens in the present.

Rundown:
Semester 1 May-Dec 2012
Semester 2 Jan-Jun 2013
Semester 3 Jul-Dec 2013
Retake Sem 3 : May 2014

Pengajian Am itself is estimated to be will be divided into 4 papers. Most of Paper 1 will still be intact, though some parts may be hacked off. Questions will be provided by MPM but teachers will be marking them (under strict supervision by MPM). There will be objective , subjective and essay questions...but only the current Papar 1 Kenegaraan components will be seen in Semester 1. Oh, by the way... we also have research!!

Interesting. Will update when I get more info.

1st Blog Ever :)

Assalamualaikum ...
Holla and welcome to my humble page. First time trying this out.


Will try update it as much as I can. Thank you for dropping by .... ;)