Pengajian Am Is Fun!

Pengajian Am Is Fun!

Sunday, 23 October 2011

Kata Kunci Graf (Bahagian D)


Komponen: Jumlah, Komposisi, Komponen , Amaun (awas sekiranya ada perkataan lain dihadapan kata kunci....ie.. perubahan jumlah.)
Kompaun : Bilangan, turun naik, nilai, peratus dan lain2.
Memesong/cermin : perubahan peratus/perubahan kadar/ imbangan dagangan (eksport tolak import) /dalam teks, tetiba je ada nilai (-) negatif.

!! Kalau tahun atau perkara dia terlalu banyak... lakarkan dulu. kalau sesak pilih graf garis, KECUALI DINYATAKAN ANDA PERLU MENJAWAB GRAF BAR.

Graf Piramid: Ada 3 parameter, 1 darinya berpasang (ie, jantina, swasta-am dsbnya) Kalau graf kependudukan, pastikan semua bar melekat antara satu sama lain.

Graf Gabungan : Dalam soalan, dia akan nyatakan...." tunjukkan blablabla......Dalam graf yang sama, tunjukkan juga bla bla bla...." atau lebih mengong, bila dibaca teks ada dua unit berbeza...ie  RM dan %.


(Comic Picture Credit To Juslinda Sudirman )

No comments:

Post a Comment